My Blog Followers!

Sunday, July 3, 2011

Penat...

Pic from Google...

Hi!

WoW!

Baru je update minggu lepas. Da ada update baru lak. Cam rajin je nak taip-taip neh. Bukan pe, takde tempat la nak mengadu nasib ni. Biar ko je tempat aku mengadu wahai belog. Sapa rasa nak baca luahan ni?



Kerja

Da masuk bulan Julai da pun. Kalo tahun lepas, bulan julai aku baru je praktikal masuk sebulan. Best gak la praktikal, ramai je student praktikal kat tempat aku praktikal dulu. Dapat kawan baru, walaupun tak rapat sangat. Baru je nak kenal dengan alam pekerjaan, suasana bekerja, oraganisasi dan sebagainya.

Bulan Julai untuk tahun ni lak, da 5 bulan lebih gak la aku da keje sebagai Dell Technician kat kuantan ni. Banyak gak la pengalaman aku sebagai seorang pekerja. Dari kerja sebagai Delivery Boy sampai la ke Technician. Banyak orang dan ragam yang aku da jumpa sepanjang aku keje ni.

Ada suka ada juga duka sepanjang aku kerja ni. Sumenya aku telan dengan rela tanpa ada  paksaan sesiapa pun. Orang cakap, ikhlas dan reda dengan kerja yang kita buat. Aku pun tak pasti sama ada aku ni ikhlas atau tidak dengan kerja yang aku buat ni. Aku pun tak pasti samada orang suka atau tidak dengan keje yang aku dah lakukan sepanjang aku keje kat tempat aku keje ni.

Layanan bos pada aku cukup baik. Tak penah sekali pun dia marah pada aku walaupun aku ada wat salah dengan dia. Awal-awal aku keje dulu, aku da rosakkan kete anak dia masa on da way delivery barang. Dia tak marah pun, malah nampak bersahaja. Tak tao la kot kat belakang dia marah-marah. Who know,  right? Lagipun aku tak sengaja langgar lubang masa tengah cari jalan untuk delivery barang. Aku penah nampak sekali je dia totally marah. Time anak dia rosakkan kete kesayangan dia sampai kos repair dalam RM2000++.

Kebaikan bos aku selalu disalah erti sesetengah orang. Maybe aku masih banyak tak kenal lagi dengan bos aku ni. Entah la. Sekarang ni aku lak yang naek lemak ngan bos aku. Wat perangai yang ntah hape-hape. Bos aku cukup sabar walaupon perangai aku yang makin cam setan ni. Dia ingat aku takde dwet, dia bagi dwet. Alasan dia, dwet aku tolong anta barang ngan OT. Aku ada banyak lagi yang tak luak guna. Bila dia bagi dwet tu, aku serba salah jadinya....


Sampai bila aku nak beperangai cam ni. Sampai bila aku nak silent. Sampai bila aku nak berubah. Totally buntu!


Aku da melampaui batas sebagai seorang pekerja. Aku tak patut wat cam tu kan?
Penat.... Mungkin bos pun da penat nak layan kerenah aku ni. Apatah lagi aku sendiri penat....


Anak dia pun dah fed up ngan aku. Bila dia tanye, aku buat dono je. Bila dia tanye, aku diam je. Bila dia tanye, aku tak pedulikan dia. Now, she ignore me. I deserve it for what I have done. A friend said that she kinda likes me. I don't know, who know anyway. Only she know what she feel. I'm not da love expert...


My Life


Well, so far...


I still thinking of what to treat me self after I get my June salary. Kejutan yang di mention dalam post sebelum ni. Kalo handphone, yang mana best beli ea. Kalo DSLR, mana yang paling sesuai untuk aku ea. Kete? Maybe lambat lagi la yang tu. Takde modal nak bayar muka...


Konvo da tak jauh da, lagi 3 bulan cam tu je lagi. Dwet untuk keperluan masa konvo pun cam tak cukup lagi. Aku pun cam tak prepare lagi nak konvo. Terasa masa berlalu dengan cepat sekali. Umur makin meningkat, orang cakap da leh jadi bapak orang dah. Terasa jugak, sebab orang len yang umur aku ada yang da kawen. Siap ada anak lagi dah...


Aku buntu lagi dengan masa depan aku ni. Kalo dulu, takpe la. Masih boleh bermain-main. Tak kisah result exam ok atau tak. Aku still dapat masuk matrik, pun dapat juga masuk Universiti. Sekarang aku tak pasti, adakah aku layak untuk dapat kerja seperti kawan-kawan yang laen atau kekal sebagai technician. Kekal ditakuk yang sama...

Aku B.U.N.T.U.!

Sini je update. Aku pun malas nak menaip dah. Stay Tune for more update...

p/s: am I going to be alone for da rest of my life? What a scary future...

No comments: